Thursday, October 16, 2008

Tempat Menarik Di Johor

Pelbagai tempat yang menarik ter dapat di Johor.Kali ini saya akan menceritakan tantang tempat menarik di Johor.Antara tempat menarik di Johor adalah Pantai Minyak Beku.Walaupun Pantai Minyak Beku ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, ia amat sesuai untuk aktiviti memancing dan menikmati udara pantainya yang segar. Di sini terdapat sebuah perkampungan nelayan dan juga kuari untuk memproses batu dan pasir. Kawasan memancing paling sesuai dilawati di sini ialah Kampung Orang Asli dan Perkampungan Nelayan Cina Segenting.




By:Nur Syuhada binti Selamat
6 Arundina
Sporting5


Sumber:www.google.com

Kelantan adalah satu kawasan hutan yang mempunyai banyak kawasan perhutanan yang mempunyai berbagai-bagai tempat yang menarik untuk berkelah dan beriadah. Khazanah perhutanan Kelantan mempunyai keistimewaan air terjunnya yang membolehkan kita tidak perlu berfikir panjang untuk beriadah dan bersantai. Kawasan air terjun menjanjikan satu suasana kedamaian yang akan meninggalkan satu kenangan yang manis kepada setiap pengunjungnya.Kebanyakkan kawasan air terjun adalah terletak di dalam jajahan Pasir Puteh iaitu sejauh 35 km dari Kota Bharu.Antara kawasan air terjun tersebut adalah Jeram Pasu.Jeram Pasu terletak di Kampung Padang Pak Amat dan boleh di kunjungi secara berkenderaan sehingga ke destinasi. Ia merupakan kunjungan air terjun yang paling popular. Airnya yang jernih , sejuk serta nyaman pastinya akan mengembirakan dan memuaskan hati setiap pengunjung.
By:Nur Syuhada binti Selamat.
6 Arundina.
Sporting5
Sumber:www.google.com

Wednesday, October 15, 2008

Pelancongan Ke Cameron Highlands.


Cameron Highlands ialah sebuah tempat pelancongan yang terletak di Pahang.Cameron Highlands sangat terkenal dengan Ladang Teh dan Ladang Strawberri.Di Ladang Srawberri kita akan dapat melihat pelbagai saiz dan bentuk stawberri.Di sana kita dapat memetik dan merasa ke enakkan strawberri.Di ladang strawberri ini kita akan dapat melihat pelbagai produk dijual yang berasaskan buah strawberri.Menurut kata orang di sana buah strawberri sedap di makan di situ kerana ia akan berasa manis jika kita makan di tempat yang tinggi dan sejuk.Ini kerana buah strawberri ini akan hidup subur di penempatan yang sejuk.Di ladang teh pula kite akan dapat melihat para pekerja sedang bekerja untuk memetik daun teh tersebut.Di sana juga kita dapat minim teh sambil menikmati pemandangan yang indah.


By:Nur Diyana Athirah
6 Arundina
Sporting5

Pelancongan Di Melaka,Bandaraya Bersejarah


Melaka mempunyai pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati. Melaka mempunyai pelbagai sejarah. Tempat yang menarik yang boleh dilawati ialah A' Famosa, Muzium Bersejarah dan Rumah bersejarah. Pelbagai hotel ternama dibangunkan di sana......

Pelancongan Ke Negeri Sembilan


Pada cuti sekolah yang lalu seorang daripada ahli kumpulan kami telah melawat ke Negeri Sembilan untuk satu hari bersama keluarganya.Di sana mereka telah berkelah ke Sungai Ulu Bendul.Sungai Ulu bendul terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Di sana air sungai tersebut kelihatan sangat jernih sehingga boleh menampakkan apa yang ada di dasar sungai tersebut.Air sungai tersebut datangnya daripada bukit yang terletak di atas sana.Kami telah mendapat tahu bahawa air sungai tersebut boleh diminum tanpa dimasak kerana air tersebut datangnya daripada sumber yang asli.Tetapi di sungai itu juga kita perlu behati-hati kerana terdapat batu besar yang licin dan boleh menyebabkan kemalangan.Jadi jika anda mahu ke sini datanglah ke Sungai Ulu Bendul yang terletak di Hutan Lipur Ulu Bendul,Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Wednesday, October 8, 2008

Sebab kami memilih tajuk blog ini

Kami memilih tajuk blog ini kerana kami mempunyai pengalaman di beberapa tempat yang menarik di Malaysia. Kami juga memilih tajuk blog ini kerana banyak tempat yang menarik dan bersejarah.