Wednesday, October 15, 2008

Pelancongan Ke Negeri Sembilan


Pada cuti sekolah yang lalu seorang daripada ahli kumpulan kami telah melawat ke Negeri Sembilan untuk satu hari bersama keluarganya.Di sana mereka telah berkelah ke Sungai Ulu Bendul.Sungai Ulu bendul terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Di sana air sungai tersebut kelihatan sangat jernih sehingga boleh menampakkan apa yang ada di dasar sungai tersebut.Air sungai tersebut datangnya daripada bukit yang terletak di atas sana.Kami telah mendapat tahu bahawa air sungai tersebut boleh diminum tanpa dimasak kerana air tersebut datangnya daripada sumber yang asli.Tetapi di sungai itu juga kita perlu behati-hati kerana terdapat batu besar yang licin dan boleh menyebabkan kemalangan.Jadi jika anda mahu ke sini datanglah ke Sungai Ulu Bendul yang terletak di Hutan Lipur Ulu Bendul,Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

No comments: