Thursday, October 16, 2008


Kelantan adalah satu kawasan hutan yang mempunyai banyak kawasan perhutanan yang mempunyai berbagai-bagai tempat yang menarik untuk berkelah dan beriadah. Khazanah perhutanan Kelantan mempunyai keistimewaan air terjunnya yang membolehkan kita tidak perlu berfikir panjang untuk beriadah dan bersantai. Kawasan air terjun menjanjikan satu suasana kedamaian yang akan meninggalkan satu kenangan yang manis kepada setiap pengunjungnya.Kebanyakkan kawasan air terjun adalah terletak di dalam jajahan Pasir Puteh iaitu sejauh 35 km dari Kota Bharu.Antara kawasan air terjun tersebut adalah Jeram Pasu.Jeram Pasu terletak di Kampung Padang Pak Amat dan boleh di kunjungi secara berkenderaan sehingga ke destinasi. Ia merupakan kunjungan air terjun yang paling popular. Airnya yang jernih , sejuk serta nyaman pastinya akan mengembirakan dan memuaskan hati setiap pengunjung.
By:Nur Syuhada binti Selamat.
6 Arundina.
Sporting5
Sumber:www.google.com

No comments: